PENGUMUMAN PENTING

  1. No. Hakmilik / No. Akaun boleh dirujuk pada Bil Cukai Tanah semasa.
  2. Tutup 'Pop-Up Blocker' pada pelayan web (web browser) anda sebelum membuat pembayaran.
  3. Caj Perkhidmatan sebanyak RM 0.50 akan dikenakan kepada pembayar yang menggunakan akaun persendirian manakala RM 1.00 kepada pembayar akaun perniagaan setiap kali membuat bayaran.
  4. Pembayar dimestikan mencetak resit bayaran yang dikeluarkan oleh JTG Perlis. Resit ini adalah sah dan boleh digunakan sebagai bukti bayaran.
  5. Waktu operasi perkhidmatan ini adalah 24 jam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am. Maksimum bayaran online adalah RM30,000 per hakmilik.
  6. Bayaran Cukai Tanah Negeri Perlis Secara Online adalah melalui FPX (Financial Process Exchange).
  7. Pihak JTG Perlis tidak akan membuat bayaran balik kepada pembayar jika bayaran cukai yang dibuat melalui transaksi online ini melebihi daripada amaun cukai patut bayar dalam tahun semasa. Lebihan bayaran tersebut akan dikreditkan untuk bayaran cukai tahun berikutnya.

Sebarang masalah sila hubungi Jabatan Tanah dan Galian Perlis (JTG Perlis) di talian 04-976 5501 atau e-mail ke ptg@ptgps.gov.my.


Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis
2023